Pantai Menarik Dunia

Senarai berikut adalah beberapa pantai menarik di dunia

Palombaggia, France

Kredit: Barnes Corse

Di bawah payung-payung besar yang mendalangi sinaran mentari, sangat selesa untuk anda berehat dan bersantai di kawasan pantai dengan sepenuhnya daya tarikan Mediterranean yang memukau. Pantai Palombaggia ini tersembunyi di tenggara Isle of Beauty – Corsica, dan merupakan pantai pasir halus yang bersempadan dengan perairan biru di Mediterranean. Batu-batu yang berwarna merah jambu menambah sentuhan ajaib kepada suasana Corsica yang tiada tandingan ini.

Anse Source d’Argent, Seychelles

Kredit: Creolepay cars

 Pasir putih halus bak kan sebuk, batu-batu silver seolah-olah diukir oleh tangan manusia, Anse Source d’Argent mungkin adalah pantai yang paling terkenal di dunia. Airnya yang jernih dan tumbuhan yang subur menjadikannya sebuah khazanah yang hanya menunggu untuk ditemui di Pulau La Digue. Moment paling bermakna jika anda berada seharian di Anse Source d’Argent; iaitu tin-tin merah jambu yang muncul sediki demi sedikit apabila matahari terbenam di kaki langit.

Navagio Beach, Zakynthos, Greece

Kredit: Hellenic Travel Group

Pantai Navagio adalah telu berpasir yang terasing, tetapi sangat indah di Pulau Yunani di Zakynthos. Kawasan ini terhadang dengan tebing batu kapur, dipenuhi dengan pantai pasir putih, dan dikelilingi air laut biru yang jernih, yang menarik ribuan pelancong setiap tahun. Pantai ini sering dirujuk dengan nama tempatannya iaitu Shipwreck Beach atau Smugglers Cove. Ia merupakan rumah kepada kapal karam terkenal yang dipanggil Panagiotis. Kapal karam ini menjadikan tempat ini sesuai untuk menyelam dan snorkeling. Satu lagi sebab ia dianggap salah satu pantai terbaik dunia adalah kerana ia adalah teluk kecil yang terdedah, jadi ia mendapat angin yang sepoi bahasa. Jalur pantai ini hanya boleh dimasuki melalui bot, tetapi anda boleh melihatnya dari atas jika anda berdiri di tebing tinggi sekitar tempat itu. Jika anda berfikir untuk melawat Navagio Beach, anda perlu menempah lawatan untuk pergi ke sana.

Honopu Beach, Kauai, HI

Kredit: Cities of the World

Juga dikenali sebagai Cathedral Beach, Honopu yang mana seperti Lembah Waipio, adalah sukar untuk dijangkau. Sebagai permulaan, ia hanya boleh dimasuki melalui air, tiada jalan atau trail untuk hiking yang menuju ke sana. Untuk sampai ke sana adalah satu cabaran yang bukan semua orang boleh buat; anda perlu berenang dari bot offshore ke pantai, atau berenang dari Pantai Kalalau yang terletak bersebelahan dengannya tetapi lebih jauh jaraknya. Tenaga dan masa yang anda luangkan berenang ke sana sangat berbaloi dengan hasilnya terutama jika anda suka swimming. Bayangkan pasir pantai yang kekuningan yang bersempadan dengan tebing-tebing yang diliputi tumbuhan, dan kebiasaannya tiada orang lain di situ. Fakta lain: tempat ini telah menjadi tempat pengambaran filem Six Days, Seven Nights, Raiders of the Lost Ark, dan King Kong.

Honokalani Beach, Wai’anapanapa State Park, Maui, Hawaii

Kredit: Condé Nast Traveler

Dengan pantai berpasir hitam, perairan biru-elektrik dan dedaunan seperti hutan, Pantai Honokalani adalah impian setiap jurugambar. Selain bersantai di atas ‘pasir’ – yang sebenarnya terdiri daripada batu-batu kecil lava – banyak lagi yang boleh dilakukan; anda akan dapat melihat tiub lava tepi laut dan gua-gua laut yang diukir di tebing lava di sepanjang pantai. Tempat liar dan tidak tercemar terbaik di Hawaii, dan adalah perhentian wajib dalam perjalanan ke Hana.

Horseshoe Bay, Bermuda

Kredit: Trover

Pantai Horseshoe Bay merupakan salah satu pantai yang paling popular di pulau itu dan mungkin dipenuhi dengan orang pada waktu cuti. Tetapi Horseshoe Bay mempunyai rahsia tersembunyi; Port Royal Cove, yang mempunyai air cetek yang sesuai untuk kanak-kanak, dan pembentukan batu-batu yang dramatik di sekelilingya melengkapkan pemandangan cantik pasir merah jambu yang lembut. Pusat Spicelands Equestrian yang berdekatan juga menawarkan perjalanan ke teluk-teluk private yang terletak di sebahagian South Shore Park di Southampton Parish.

El Nido, Palawan, Filipina

Kredit: El Nido Palawan

Palawan tetap mantap di bawah radar walaupun ia berterusan ditaraf tinggi dalam Reader’s Choice Awards. El Nido sahaja adalah rumah kepada sekitar 50 pantai pasir putih; sukar untuk memilih hanya satu. Semuanya adalah di sekitar formasi batu kapur yang dramatik dan mempunyai pasir putih halus. Airnya sangat biru menjadikan Laut Carribean kelihatan keruh berbanding dengannya. Ketika matahari terbenam, pemandangannya sangat cantik tetapi cahaya matahari sangat kuat sehinggalah matahari terlindung.

Maundays Bay, Anguilla

Kredit: TripAdvisor

Sukar untuk membahaskan yang satu ini. Terdapat banyak pantai yang mengagumkan di Anguilla, tetapi Maundays Bay yang terletak di barat daya pulau ini lebih win dengan air yang jernih bak kristal, cerun yang beransur, pasir asli, dan kelihatan bulan separa yang sempurna. Secara teknikalnya ia adalah pantai awam yang jarang ramai dan pengunjung didominasi oleh tetamu di Belmond Cap Juluca. Maundays juga sesuai untuk keluarga yang ada kanak-kanak kerana penglihatan anda tidak terlindung, dan jarang ada ombak.

Tulum, Riviera Maya, Mexico

Kredit: Wendy Perrin

Apa yang membezakan Tulum adalah kerana ia terletak berdekatan dengan beberapa bangunan runtuhan Mayan yang paling menakjubkan di Mexico. Di sini lah salah satu destinasi budaya terbaik di dunia bertemu dengan salah satu pantai terbaik dunia. Runtuhan Tulum adalah bandar berdinding purba yang terletak di tebing berbatu dan menghadap ke pemandangan indah pantai. Dengan sejumlah pelancong yang datang setiap hari, kawasan ini bukanlah kawasan persendirian, tetapi dengan pasir putih yang luas dan perairan Caribbean yang memukau buatkan anda tidak pedulikan orang lain di tempat itu.