Mengunjungi Indonesia

Kredit: Encyclopedia Brittania

Indonesia yang merupakan negara jiran terdekat Australia, adalah tempat yang hebat untuk dikunjungi. Pelbagai tempat-tempat menarik seperti pantai-pantai popular di Bali, surga tropika Pulau Gili, kawasan gunung berapi di Lombok, bandar-bandar besar di Jawa, dan banyak lagi pulau-pulau dan tempat-tempat menarik lain untuk dilawati.

Indonesia adalah tempat menarik dengan pelbagai budaya dan pulau yang sangat banyak dan berbeza antara satu sama lain. Negara Indonesia sahaja mempunyai lebih dari 13,000 pulau.

Bali adalah sebuah destinasi yang kebanyakan pelancong akan pergi jika ke Indonesia dan dengan alasan yang baik juga. Terdapat banyak yang perkara untuk dilihat di pulau yang cantik ini termasuk penduduk, budaya, pemandangan, pantai dan banyak lagi tempat-tempat menarik.

Kredit: South East Asia Backpacker

Bali adalah tempat yang menarik untuk semua orang sama ada secara berseorangan, berpasangan atau bersama keluarga. Ia tempat yang sesuai untuk membawa keluarga dengan anak-anak kecil. Terdapat tempat seperti Waterbom Water Park yang menyediakan aktiviti air untuk kanak-kanak. Tempat ini juga menyediakan pilihan tempat tinggal yang hebat dengan villa dan kolam renang persendirian dengan harga murah.

Makanan di sana juga banyak, sedap dan murah. Sekitar kawasan tersebut juga terdapat beberapa pantai dan banyak tempat tarikan.

Ambil penerbangan domestik atau menaiki ferry menyusur keluar Bali adalah sebuah pulau yang cantik – Lombok. Pemandangan di Lombok sangat cantik dan destinasi ini semakin popular dalam kalangan pelancong. Walaupun begitu, jumlah pengunjung ke Lombok tidak sebanyak Bali.

Kredit: Lonely Planet

Selain Bali dan Lombok, terdapat juga Kepulauan Jawa. Majoriti penduduk Indonesia tinggal di kepulauan ini termasuk bandar besar Jakarta iaitu ibu negeri Indonesia.

Perjalanan Ke Indonesia Bersama Kanak-Kanak

Banyak tempat di Indonesia yang sesuai untuk percutian bersama keluarga. Di Bali anda akan lihat ramai pelancong yang terdiri daripada individu, berpasangan dan juga keluarga. Anda tidak akan berasa keseorangan jika melancong di sana. Tempat-tempat di Indonesia secara keseluruhannya adalah sangat selamat untuk pelancong. Penduduk tempatan sangat mengalu-alukan kanak-kanak walau di mana pun.

Kredit: Rough Guides

Mencari barangan bayi dan makanan untuk jenis yang memilih makanan adalah sangat mudah di kebanyakan tempat pelancongan di Indonesia dan bandar-bandar besar. Jadi, jika anda ingin keluar dari kawasan pelancongan, anda perlu menyediakan barang-barang lebih awal di bandar sebelum keluar ke alam semula jadi.

Pengangkutan persendirian secara umumnya adalah murah untuk ke sekitar destinasi utama seperti di Bali. Ia memudahkan keluarga bergerak ke mana sahaja dengan kanak-kanak. Kanak-kanak akan cepat penat jika berjalan jauh, jadi dengan adanya pengangkutan persendirian yang murah sangat memudahkan percutian itu.

Terdapat pelbagai jenis tempat penginapan dan banyak yang memenuhi keperluan keluarga dengan sangat baik terutama di Bali. Sebagai contoh terdapat villa dengan kolam renang persendirian yang sesuai untuk kanak-kanak.

Tempat Penginapan Yang Sesuai Untuk Keluarga Di Indonesia

Grand Mirage Resort, Nusa Dua, Bali

Resort yang indah ini penuh dengan perkara-perkara yang boleh dilakukan di pantai yang cantik. Terdapat banyak kedai, restoran dan tukang urut di sekitarnya untuk memberi kepelbagaian. Antara jenis makanan yang anda boleh jumpa di sekitar adalah makanan Italian, Chinese dan grill selain café. Untuk mulakan hari yang terbaik, ambil pakej bersama makan sarapan di resort, dan anda akan dapat merasa makanan lokal bagi memulakan hari percutian anda.

Kredit: Trivago

Resort ini juga menyediakan kolam renang terbuka dan taman permainan untuk kanak-kanak. Terdapat aktiviti untuk dewasa dan keluarga juga. Boleh ambil tour kayak di laut – untuk mereka yang berstamina tinggi. Terdapat juga sukan air dan darat, sesi kebudayaan dan bilik bersantai yang lengkap dengan permainan indoor seperti ping pong, pool dan sebagainya.

Kredit: TravelOnline

Samabe Bali, Nusa Dua, Bali

Resort yang anda akan pergi jika anda mahukan kemewahan dan santai. Tempat ini sangat cantik, senyap dan direka untuk privasi. Hanya terdapat 81 suite dan villa sepanjang 8 hektar tanah, membuatkan anda terasa istimewa jauh dari keramaian. Family suit di Samabe Bali memuatkan entry area, tandas, tempat mandi, tempat makan, ruang tamu, balkoni, dan bilik tidur. Kebanyakan resort disediakan ada kolam renang persendirian selain pemandangan menghadap laut.

Kredit: Tripadivsor

Samabe Bali mempunyai pantai persendirian dan ianya antara yang paling cantik di Bali. Dengan penginapan yang limited dan pantai persendirian, tidak mustahil untuk anda berada berseorangan di pantai. Terdapat banyak aktiviti disediakan di pantai seperti kayak, catamaran, wind surfer dan snorkelling.

Kredit: Samabe Bali Suites & Villas

Sheraton Senggigi, Lombok

Sheraton Senggigi Beach Resort terletak di Senggigi, Lombok menawarkan penginapan 5 bintang dan juga pantai persendirian. Terdapat pelbagai kemudahan popular disediakan seperti kolam renang, gelanggang tenis dan sauna.

Kredit: The Beat Bali

Para tetamu boleh menikmati pemandangan matahari dari beranda dan minuman sejuk di bar kolam renang. Staff di sana boleh berbahasa pelbagai jadi mudah untuk anda menguruskan tempahan dan check-in. Ia juga mempunyai dek matahari dengan pemandangan kolam renang, laut dan taman yang mengagumkan.

Kredit: Luxury Hotels, Palaces, Resorts & Villas Worldwide