How Travel Benefits You

Bila kehidupan menjadi kelam kabut, ramai yang mencadangkan supaya pergi bercuti untuk hilangkan stress. Persoalannya mengapa perlu luangkan masa, tenaga, dan duit yang banyak hanya untuk menghilangkan stress.

Betul juga, tapi sebenarnya ada sahaja percutian yang menjimatkan. Melancong dalam negara sahaja pun sudah mencukupi. Sudah tentu banyak lagi kawasan tempatan yang anda masih belum jelajah.

Kredit: Travel By Interest

Tempat dan percutian yang bagaimanakah yang tenang, memulihkan, dan boleh menghilangkan stress? Secara idealnya, paling berkesan adalah dengan melihat alam semula jadi, bukannya bercuti ke bandar. Kesibukan bandar mungkin akan menyebabkan anda lebih stress sedangkan anda hendak menjauhkan diri dari kesibukan dan kesesakan itu semua.

Aktiviti apa anda boleh buat? Kalau anda ke sungai atau air terjun, anda mungkin mahu ber-BBQ. Jika dekat boleh sahaja pergi awal pagi dan balik petang selepas puas bermandi-manda di sungai. Jimat kos penginapan. Pantai juga merupakan tempat yang ideal, tapi perlu pilih pantai yang betul-betul cantik dengan cuaca yang aman supaya dapat cuci mata.

Mungkin kita sudah biasa dengan suasana pantai di Malaysia, mungkin kotor atau mungkin panas terik. Jika berkemampuan, cubalah cari pantai cantik di luar negara. Hanya menikmati kecantikan dan suasana pantai tersebut sudah mencukupi. Antara pantai yang cantik untuk sightseeing adalah Hanakapiai Beach di Hawaii, Koh Yao Yai di antara Phuket dan Krabi, dan Pink Beach.

Hanakapiai Beach. Kredit: wallpapers13.com
Koh Yao Yai. Kredit: smile4travel
Pink Beach. Kredit: Connie and Luna

Anda juga boleh melakukan aktiviti lain selain sightseeing dan bergambar seperti snorkeling, dan scuba diving. Untuk snorkelling anda boleh ke Pulau Redang, Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Perhentian,Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Pulau Sapi, dan Pulau Manukan.

Snorkelling. Kredit: Borneo Fullforce Tours

Selain air, trekking ke dalam hutan, dan hiking di bukit dan gunung juga boleh dilakukan bagi tujuan yang sama – proses pemulihan melalui travel. Aktiviti-aktiviti ini memerlukan tenaga yang banyak dan sesuai untuk mereka yang sukakan cabaran.

Menjelajahi alam semula jadi dan melihat pemandangan yang kehijauan sedikit-sebanyak boleh mengubati penat mental dan fizikal. Namun begitu, bagaimana aktiviti yang menggunakan tenaga boleh menghilangkan stress?

Setelah penat berjalan dan mendaki, anda akan disambut dengan pemandangan yang lebih menawan. Kepenatan anda yang terkumpul sepanjang perjalanan itu akan berubah menjadi satu kepuasan kerana anda Berjaya menghabiskan course tersebut.

Hiking. Kredit: smore4u.com

Manfaat Travelling

Manfaatkan masa dan wang yang anda habiskan untuk travelling supaya ianya mencapai matlamat anda – menjauhkan diri daripada kesibukan kehidupan seharian. Manfaat travel bukanlah pada waktu itu sahaja, tetapi lebih kepada jangka masa panjang. Ia boleh mengubah anda secara fizikal dan psikologi.

Tiada budget untuk keluar negara bukanlah penghalang. Alam semulajadi yang masih belum dicemari dengan pembangunan boleh dijumpai di banyak tempat walaupun dalam negara. Sekarang juga sudah banyak promosi tiket murah. Segalanya boleh didapati secara online.

Berikut adalah antara manfaat utama pelancongan.

Pelancongan dan Percutian Menambahbaik Kesihatan

Jauh dari memotong pokok-pokok di hutan, sehingga mengurangkan peluang mendapat penyakit hati, sangat banyak manfaat anda boleh dapat dari melancong. Anda mungkin penat duduk menghadap komputer selama 8 jam di tempat kerja setiap hari, jadi banyak berjalan semasa trip akan menambahbaik kesihatan mental dan fizikal anda.

Bagi sesetengah orang, melancong ke luar negara dapat mengubati masalah kemurungan dan kebimbangan. Walaupun bukan pulih sepenuhnya, namun sedikit sebanyak dapat membantu menambahbaikkan masalah-masalah tersebut secara mental dan fizikal. Dengan melancong juga dapat memberikan impat yang besar ke atas kesihatan mental, terutamanya jika anda tidak biasa keluar dari zon selesa.

Selain itu, jika anda merantau ke luar negara, anda akan dapati pelbagai jenis makanan yang baru dan tidak didapati di tempat anda. Makanan sangat berkesan mengubati stress. Cuba makanan local dan delicacies tempat yang anda kunjungi. Selalunya untuk tahu culture dan makanan mereka, kita boleh tengok pada street food dan night market mereka.

Kredit: kuali.com
Kredit: jamesbe

Melancong Menjauhkan Diri Dari Rutin Harian

Selalunya ingin melarikan diri dari kehidupan seharian yang sibuk adalah tujuan utama untuk melancong atau bercuti. Bos kerah tenaga pekerja? Kerenah anak-anak menambah marah anda? Ibu bapa bertegas masuk campur urusan kehidupan anda? Kadang-kala perlu ada masa bersendirian supaya apa yang anda kerjakan tidak musnah.

Berjalan melihat alam semula jadi dapat memutuskan anda dari kesibukan kehidupan harian, dan secara tak langsung membuatkan anda merasakan ada sesuatu yang anda miss. Triknya, simpan perasaan itu sampai habis percutian anda, seterusnya anda boleh start balik dengan minda yang segar.

Pengalaman Membuat Anda Lebih Yakin

Jika melancong ke luar negara, secara tak langsung anda akan belajar sedikit sebanyak bahasa dan budaya tempat tersebut. Proses ini menyebabkan penambahbaikan brain capacity yang membuat otak anda lebih aktif. Selain bahasa, melancong juga membuat anda lebih peka, kreatif dan akan berfikir dari sudut lain sekiranya terjebak dengan situasi yang challenging, lebih-lebih lagi di negara orang.

Dengan mempelajari budaya di tempat yang anda kunjungi, anda akan dapat kepuasan hati yang mana maklumat anda dapat dirasakan lebih solid berbanding membuat research dari internet. Ia membuatkan anda berfikiran unik dan tidak berat sebelah. Bak kata St. Augustine yang mengatakan dunia ini seperti sebuah buku, dan mereka yang tidak menjelajah seakan hanya menyelak satu mukasurat.

Untuk book pakej, boleh klik di sini. Ada negara-negara yang memerlukan kita apply visa, dan anda boleh apply Australia visa online.